Asas-Asas Mengarang
1. Menulis pendahuluan
2. Jenis-jenis perenggan
3. Penutup
4. Menganalisis soalan
5. Ciri-ciri karangan yang baik
6. Kaedah untuk merangka karangan
7. Panduan umum
1. Menulis Pendahuluan:
Sekurang-kurangnya ada lima (5) jenis pendahuluan iaitu:
a. Pendahuluan jenis definisi
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang
atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa
malahan remaja dan kanak-kanak.
b. Pendahuluan jenis pendapat
Menurut Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir, pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kegiatan pembangunan dan pembakaran secara terbuka. Walau
bagaimanapun, Pembangunan tidak boleh diberhentikan sama sekali.
c. Pendahuluan jenis suasana
Pada cuti sekolah yang lalu, Nabila sekeluarga telah melancong ke Pulau
Tioman. Mereka menaiki bot ke sana. Bot mereka merempuh laut biru
yang bergelombang.
d. Pendahuluan jenis soalan
Setiap orang perlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri
mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan
kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya?
e. Pendahuluan jenis peribahasa
Peribahasa Melayu “ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna” dan “seperti aur dengan tebing”. Amat sesuai ke arah
mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya
mengamalkan siafat-sifat yang menggambarkan wujudnya hubungan kasih
sayang dalam sesebuah komuniti.
0 comments:
Post a Comment