Istilah baku bermaksud yang sudah diterima umum sebagai betul dan sah.Istilah ini juga diertikan sebagai pokok,yang dasar dan yang benar.Mengikut kamus dewan istilah baku ini difahami sebagai pedoman yang standard.Bahasa Baku dapat juga didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang diterima oleh semua anggota masyarakat dalam bahasa yang berkenaan.Ia mempunyai prestij serta dalam hubungan yang tidak bersahaja serta bahasa pengantar pelajaran.Kesimpulannya bahasa baku ialah bahasa yang betul dari segi ejaan,istilah,sebutan,penggunaan,frasa,ayat singkatan tanda baca dan laras bahasa.Ia juga sebagai bahasa yang baik danbetul mengikut tatabahasa dan tepat menurut gaya bahasanya.
ANAK KUDA BULU KASAP~ PERIBAHASA
Posted by
Salwati Selimin
on Thursday 8 December 2011
/
Comments: (0)
PERIBAHASA
Posted by
Salwati Selimin
on Tuesday 6 December 2011
/
Comments: (0)
PERSAHABATAN
Bagai empedu lekat di hati
maksud
sangat karib
Ayat : Kita sering meluahkan perasaan kita kepada rakan-rakan yang benar memahami serta boleh dipercayai.Dengan kata lain,kawan tersebut begitu akrab hingga boleh tidur sebantal,bertepatan dengan pepatah bagai empedu lekat hati.
Bagai empedu lekat di hati
maksud
sangat karib
Ayat : Kita sering meluahkan perasaan kita kepada rakan-rakan yang benar memahami serta boleh dipercayai.Dengan kata lain,kawan tersebut begitu akrab hingga boleh tidur sebantal,bertepatan dengan pepatah bagai empedu lekat hati.
EJAAN
Posted by
Salwati Selimin
on Monday 5 December 2011
/
Comments: (0)
Terdapat pelbagai perkataan yang digunakan seharian , ia mungkin ejaan yang betul atau mungkin ejaan yang salah . Di sini disertakan contoh ejaan tersebut .
BETUL-SALAH
agama-ugama
blok(bangunan)-belok
catatan-catitan
dialek-dailek
gembeleng-gembleng
Bersama-samalah kita menggunakan ejaan yang betul dalm kehidupan seharian kita
KATA PEMERI
Posted by
Salwati Selimin
on Thursday 1 December 2011
/
Comments: (0)
Info Kata Pemeri
Apakah kata pemeri…
Apakah kata pemeri…
Kata pemeri adalah digunakan sebelum kata adjektif atau kata sendi.
Kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama.
Kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama.
Kata pemeri boleh digugurkan
Contoh;
Jawapan kamu adalah tepat sekali.
KATA ADJEKTIF
Posted by
Salwati Selimin
on Wednesday 30 November 2011
/
Comments: (0)
Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan.
Ada sembilan jenis kata adjektif.
1.
Kata adjektif sifatan/ keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong
2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh:nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang,kecil
Contoh:nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang,kecil
4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok
5. Kata Adjektif Jarak
Contoh:jauh, hampir, dekat, sebelah,rapat, nyaris
Posted by
Salwati Selimin
/
Comments: (0)
Info Kata banyak makna
Kata banyak makna bermaksud perkataan yang mempunyai lebih daripada satu maksud.
Makna perkataan yang berbagai-bagai ini dibezakan dalam konteks ayat yang berlainan.
Kata banyak makna terbahagi kepada tiga bentuk:
1. kata dasar
Contoh: makan
Contoh: makan
a. Shaari makan nasi lemak. (menunjukkan perbuatan makan)
2. kata berimbuhan
Contoh; menjelaskan
a. Kami terpaksa menjelaskan perkara yang sebenarnya ( menerangkan dengan lebih lanjut)
3. kata ganda
Contoh;diam-diam
a. Dalam diam-diam, dia keluar dari rumah sewanya. (secara senyap-senyap)
ADAT
Posted by
Salwati Selimin
on Sunday 27 November 2011
/
Comments: (0)
Adat orang bercinta
Semuanya indah belaka
Adat orang melayu
Masuk rumah buka sepatu
Adat masuk ke hutan
Jangan cakap sembarangan
Adat duduk di kampung
Buat kerja bergotong-royong
Adat duduk berjiran
Tegur-menegur berjabat tangan
Adat yang bukan-bukan
Elakkan segera jangan didikut
Adat berkawan
Biarlah seiring sejalan
Adat menuntut ilmu
Jangan dibantah kata guru
Adat orang tua-tua
Masa yang baik ikut sahaja
Adat menjamu selera
Jangan sampai sendawa
Adat bercakap
Jangan sampai tersilap
Adat dengan ibubapa
Hormatilah mereka sentiasa
Adat dengan orang muda
Batas pergaulan mestilah dijaga
Adat ketawa
Jangan tak ingat dunia
Semuanya indah belaka
Adat orang melayu
Masuk rumah buka sepatu
Adat masuk ke hutan
Jangan cakap sembarangan
Adat duduk di kampung
Buat kerja bergotong-royong
Adat duduk berjiran
Tegur-menegur berjabat tangan
Adat yang bukan-bukan
Elakkan segera jangan didikut
Adat berkawan
Biarlah seiring sejalan
Adat menuntut ilmu
Jangan dibantah kata guru
Adat orang tua-tua
Masa yang baik ikut sahaja
Adat menjamu selera
Jangan sampai sendawa
Adat bercakap
Jangan sampai tersilap
Adat dengan ibubapa
Hormatilah mereka sentiasa
Adat dengan orang muda
Batas pergaulan mestilah dijaga
Adat ketawa
Jangan tak ingat dunia
HOMONIM
Posted by
Salwati Selimin
on Wednesday 23 November 2011
/
Comments: (0)
anggar>anggar -lebih kurang,kira-kira
anggar>permainan dengan memakai pedang
anggar>rumah tempat perhentian
anggar>gudang tempat menyimpan kapal terbang;gudang besar di pelabuhan;jambatan ,pangkalan pelabuhan
TATABAHASA
Posted by
Salwati Selimin
on Tuesday 22 November 2011
/
Comments: (0)
Bahasa terdiri dari kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya.Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna.Penyelidikan terhadap terhadap tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi daripada bunyi bahasa dan segi cara perkataan ini disusun untuk menjadi ayat.Dalam istilah ilmu linguistik bidang huraian pada peringkat perkataan disebut morfologi,sementara bidang huraian pada peringkat ayat disebut sintaksis.
AYAT MAJMUK
Posted by
Salwati Selimin
on Monday 21 November 2011
/
Comments: (0)
Dalam BM terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan seperti yang berikut:-
1. Ayat Majmuk Pancangan Relatif
2. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
3. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
1. Ayat Majmuk Pancangan Relatif menggunakan kata relatif 'yang'.
Contoh ayat:Encik Alwi membasuh kereta yang baru dibelinya.
Ayat di atas terdiri daripada dua ayat, iaitu:
a. Encik Alwi membasuh kereta. (Ayat utama)
b. Kereta itu baru dibelinya. (Ayat ini dipancangkan kepada ayat utama dengan kata relatif yang)
2. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen menggunakan kata komplemen 'bahawa'
Contoh ayat:Mutu menjelaskan bahawa disket kawannya hilang.
Ayat atas terdiri daripada dua ayat, iaitu:
a. Mutu menjelaskan sesuatu. (Ayat utama)
b. Disket kawannya hilang. (Ayat ini dipancangkan kepada ayat utama dengan kata komplemen bahawa)
3. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan merupakan ayat kecil (klausa) berfungsi sebagai keterangan.
Contoh ayat:Kambing itu mengembek kerana sangat lapar.
Ayat di atas terdiri daripada dua ayat, iaitu:-
a. Kambing itu mengembek. (Ayat utama)
b. Kambing itu sangat lapar. (Ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan dengan kata hubung kerana)
JENIS-JENIS PENDAHULUAN
Posted by
Salwati Selimin
/
Comments: (0)
Asas-Asas Mengarang
1. Menulis pendahuluan
2. Jenis-jenis perenggan
3. Penutup
4. Menganalisis soalan
5. Ciri-ciri karangan yang baik
6. Kaedah untuk merangka karangan
7. Panduan umum
1. Menulis Pendahuluan:
Sekurang-kurangnya ada lima (5) jenis pendahuluan iaitu:
a. Pendahuluan jenis definisi
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang
atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa
malahan remaja dan kanak-kanak.
b. Pendahuluan jenis pendapat
Menurut Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir, pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kegiatan pembangunan dan pembakaran secara terbuka. Walau
bagaimanapun, Pembangunan tidak boleh diberhentikan sama sekali.
c. Pendahuluan jenis suasana
Pada cuti sekolah yang lalu, Nabila sekeluarga telah melancong ke Pulau
Tioman. Mereka menaiki bot ke sana. Bot mereka merempuh laut biru
yang bergelombang.
d. Pendahuluan jenis soalan
Setiap orang perlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri
mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan
kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya?
e. Pendahuluan jenis peribahasa
Peribahasa Melayu “ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna” dan “seperti aur dengan tebing”. Amat sesuai ke arah
mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya
mengamalkan siafat-sifat yang menggambarkan wujudnya hubungan kasih
sayang dalam sesebuah komuniti.
PENGENALAN
Posted by
Salwati Selimin
on Monday 7 November 2011
/
Comments: (0)
Salam 1 Malaysia
Selamat Datang ke blog saya.
Semoga perkongsian ilmu dapat memartabatkan Bahasa Malaysia.
Selamat Datang ke blog saya.
Semoga perkongsian ilmu dapat memartabatkan Bahasa Malaysia.