RSS

AYAT MAJMUK

Dalam BM terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan seperti yang berikut:-
1. Ayat Majmuk Pancangan Relatif
2. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
3. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
1. Ayat Majmuk Pancangan Relatif menggunakan kata relatif 'yang'.
Contoh ayat:Encik Alwi membasuh kereta yang baru dibelinya.
Ayat di atas terdiri daripada dua ayat, iaitu:
a. Encik Alwi membasuh kereta. (Ayat utama)
b. Kereta itu baru dibelinya. (Ayat ini dipancangkan kepada ayat utama dengan kata relatif yang)
2. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen menggunakan kata komplemen 'bahawa'
Contoh ayat:Mutu menjelaskan bahawa disket kawannya hilang.
Ayat atas terdiri daripada dua ayat, iaitu:
a. Mutu menjelaskan sesuatu. (Ayat utama)
b. Disket kawannya hilang. (Ayat ini dipancangkan kepada ayat utama dengan kata komplemen bahawa)
3. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan merupakan ayat kecil (klausa) berfungsi sebagai keterangan.
Contoh ayat:Kambing itu mengembek kerana sangat lapar.
Ayat di atas terdiri daripada dua ayat, iaitu:-
a. Kambing itu mengembek. (Ayat utama)
b. Kambing itu sangat lapar. (Ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan dengan kata hubung kerana)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...