RSS

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan, atau perbuatan.
Ada sembilan jenis kata adjektif.

1.
Kata adjektif sifatan/ keadaan

Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong
2. Kata Adjektif Warna

Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
3. Kata Adjektif Ukuran

Contoh:nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang,kecil


4. Kata Adjektif Bentuk

Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok


5. Kata Adjektif Jarak


Contoh:jauh, hampir, dekat, sebelah,rapat, nyaris








Info Kata banyak makna

Kata banyak makna bermaksud perkataan yang mempunyai lebih daripada satu maksud.

Makna perkataan yang berbagai-bagai ini dibezakan dalam konteks ayat yang berlainan.
Kata banyak makna terbahagi kepada tiga bentuk:
1. kata dasar
Contoh: makan


a. Shaari makan nasi lemak. (menunjukkan perbuatan makan)

2. kata berimbuhan
Contoh; menjelaskan

a. Kami terpaksa menjelaskan perkara yang sebenarnya ( menerangkan dengan lebih lanjut)



3. kata ganda
Contoh;diam-diam

a. Dalam diam-diam, dia keluar dari rumah sewanya. (secara senyap-senyap)


ADAT

Adat orang bercinta
Semuanya indah belaka

Adat orang melayu
Masuk rumah buka sepatu

Adat masuk ke hutan
Jangan cakap sembarangan

Adat duduk di kampung
Buat kerja bergotong-royong

Adat duduk berjiran
Tegur-menegur berjabat tangan

Adat yang bukan-bukan
Elakkan segera jangan didikut

Adat berkawan
Biarlah seiring sejalan

Adat menuntut ilmu
Jangan dibantah kata guru

Adat orang tua-tua
Masa yang baik ikut sahaja

Adat menjamu selera
Jangan sampai sendawa

Adat bercakap
Jangan sampai tersilap

Adat dengan ibubapa
Hormatilah mereka sentiasa

Adat dengan orang muda
Batas pergaulan mestilah dijaga

Adat ketawa
Jangan tak ingat dunia

KEMAHIRAN BERFIKIR

KemahiranBerfikir

HOMONIM

anggar>anggar -lebih kurang,kira-kira
anggar>permainan dengan memakai pedang
anggar>rumah tempat perhentian
anggar>gudang tempat menyimpan kapal terbang;gudang besar di pelabuhan;jambatan ,pangkalan pelabuhan

TATABAHASA

Bahasa terdiri dari kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya.Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna.Penyelidikan terhadap terhadap tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi daripada bunyi bahasa dan segi cara perkataan ini disusun untuk menjadi ayat.Dalam istilah ilmu linguistik bidang huraian pada peringkat perkataan disebut morfologi,sementara bidang huraian pada peringkat ayat disebut sintaksis.

AYAT MAJMUK

Dalam BM terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan seperti yang berikut:-
1. Ayat Majmuk Pancangan Relatif
2. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
3. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
1. Ayat Majmuk Pancangan Relatif menggunakan kata relatif 'yang'.
Contoh ayat:Encik Alwi membasuh kereta yang baru dibelinya.
Ayat di atas terdiri daripada dua ayat, iaitu:
a. Encik Alwi membasuh kereta. (Ayat utama)
b. Kereta itu baru dibelinya. (Ayat ini dipancangkan kepada ayat utama dengan kata relatif yang)
2. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen menggunakan kata komplemen 'bahawa'
Contoh ayat:Mutu menjelaskan bahawa disket kawannya hilang.
Ayat atas terdiri daripada dua ayat, iaitu:
a. Mutu menjelaskan sesuatu. (Ayat utama)
b. Disket kawannya hilang. (Ayat ini dipancangkan kepada ayat utama dengan kata komplemen bahawa)
3. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan merupakan ayat kecil (klausa) berfungsi sebagai keterangan.
Contoh ayat:Kambing itu mengembek kerana sangat lapar.
Ayat di atas terdiri daripada dua ayat, iaitu:-
a. Kambing itu mengembek. (Ayat utama)
b. Kambing itu sangat lapar. (Ayat kecil yang berfungsi sebagai keterangan dengan kata hubung kerana)

KATA NAMA

video

PEMBELAJARAN MASTERI

PembelajaranMasteri

ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

_ICTdalam P&P

JENIS-JENIS PENDAHULUAN

Asas-Asas Mengarang
1. Menulis pendahuluan
2. Jenis-jenis perenggan
3. Penutup
4. Menganalisis soalan
5. Ciri-ciri karangan yang baik
6. Kaedah untuk merangka karangan
7. Panduan umum


1. Menulis Pendahuluan:

Sekurang-kurangnya ada lima (5) jenis pendahuluan iaitu:

a. Pendahuluan jenis definisi

Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang
atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa
malahan remaja dan kanak-kanak.

b. Pendahuluan jenis pendapat

Menurut Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir, pencemaran alam sekitar berpunca
daripada kegiatan pembangunan dan pembakaran secara terbuka. Walau
bagaimanapun, Pembangunan tidak boleh diberhentikan sama sekali.

c. Pendahuluan jenis suasana

Pada cuti sekolah yang lalu, Nabila sekeluarga telah melancong ke Pulau
Tioman. Mereka menaiki bot ke sana. Bot mereka merempuh laut biru
yang bergelombang.

d. Pendahuluan jenis soalan

Setiap orang perlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri
mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan? Apakah dengan
kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya?

e. Pendahuluan jenis peribahasa

Peribahasa Melayu “ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna” dan “seperti aur dengan tebing”. Amat sesuai ke arah
mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya
mengamalkan siafat-sifat yang menggambarkan wujudnya hubungan kasih
sayang dalam sesebuah komuniti.

PENGENALAN

Salam 1 Malaysia

Selamat Datang ke blog saya.
Semoga perkongsian ilmu dapat memartabatkan Bahasa Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...